Thursday, February 26, 2009

What happening to me?

Jam dah pukul 1:59am. Aku masih belum boleh tidur. Kelopak mata dah berat. Balik dari ofis jam 12:00 malam tadi terus on kan pc lepas bersihkan diri dan mandi. First thing I did, bukak blog cerpen yang tahun 2006 aku upload. Blog cerpen Cinta yang Hilang tu aku update balik pic dia. At a certain time, aku erased pic2 yang aku rasa tak ada guna aku simpan. But tonight, there's something that I felt that I can't explain. Is it that 'time' comes around again? The 'time' that makes me felt so lonely, betrayed and sad goes through my vein. I dont know.

But if that time or thing happen again, I'll be ready this time and pare me your sorrow.






Cinta Yang Hilang

Di keheningan pagi di Tasik Titiwangsa, kelihatan sorang pemuda termenung jauh merenung ke arah tasik. Di sisinya berdiri tegap sebuah motorsikal bersinar warnanya dipanah cahaya matahari pagi. Pemuda itu merenung jauh. Di tangannya sekeping kad kecil berwarna krim. Sekejap-kejap dibukanya kad tersebut. Sekejap-kejap dikipasnya kad tersebut ke lehernya. Panas agaknya.
Sesekali matanya melingas ke arah jam tangannya. Mungkin ada janji. Dikeluarkan telefon bimbitnya. Matanya merenung ke arah skrin warna telefon bimbitnya yang tertera gambar seorang gadis manis berbaju oren. Sesekejap terdengar keluhan panjang dari pemuda itu. Direnungkannya ke langit menggamit awan biru bagaikan mengingati sesuatu peristiwa.

...........................................................................

Zack sedang menulis seuatu di atas mejanya. Kertas kerja program konvoi yang akan diadakanya teliti disiapkan. Masa bagi menghantar kertas kerja itu tidak lama lagi. Tiba-tiba keasyikannya terganggu dengan bunyi telefon bimbitnya menandakan satu sms telah sampai. Sambil menulis, tangannya mencapai telefon bimbitnya bagi melihat sms yang baru diterimanya. "Erm...sapa pulak ni?" cetus hati Zack bila membaca satu sms dari nombor yang tidak dikenalinya bertanyakan khabar tentang dirinya. Segera jarinya pantas membalas sms itu kembali bertanyakan siapa pengirim sms tersebut. Tidak sampai dua minit menunggu, pertanyaan Zack berbalas. "Erm...Liz?" Di mata Zack terbayang gadis sepejabatnya yang agak tomboy, bertudung tetapi agak manis dan menarik. "Apa mimpi Liz sms aku?" hati Zack bertanya. Memang Zack baik dan suka bergurau dengan gadis-gadis di pejabatnya, tetapi dia tidak sangka yang Liz boleh boleh menghantar sms padanya bertanyakan khabar. Setelah beberapa kali sms bertanyakan soalan, barulah Zack tahu yang Liz mendapat nombor telefonnya daripada kawan lelaki sepejabatnya juga. Dan di akhir sms, terpatri permintaan dari Liz dan janji dari Zack untuk menemankan Liz ke rumah hari terbuka Deepavali kawan Liz.

Tiba di hari yang dijanjikan, Zack sudah menunggu di perkarangan tempat letak kereta di apartment kediaman Liz. Sengaja Zack membawa motorsikal agar lebih senang dan mudah bergerak. Lebih-lebih lagi sesuai dengan jiwa Zack sebagai mat motor. Mata Zack melingas memerhati jika Liz sudah sampai. Dalam hati beliau risau juga kerana dengar khabar Liz sudah mempunyai teman lelaki. "Apa pulak mimpi Liz ni ajak aku temankan dia. Dia dah clash dengan boyfriend dia ke?" Cetus hati Zack bertanya pada diri sendiri. Pedulikanlah. Lagipun bukan aku yang ajak dia keluar Zack cuba menyedapkan hatinya. Dalam Zack tertanya-tanya itu, bahunya dicuit dari belakang. Bila menoleh, mata Zack bagaikan tidak percaya apa yang dia lihat. Dihadapannya seorang gadis berambut lurus hingga ke bahu, berbaju tshirt body putih oren dan berseluar jeans ketat tersenyum di hadapannya. Zack terkejut. "Awek cun mana ni nak ngurat aku? Ke ni Liz?" Hati Zack tertanya-tanya. "Jom, nanti hujan pulak bang. Awan dah gelap ni", sapa Liz selamba. Zack yang masih melopong bagaikan tersedar dari mimpi. Penampilan Liz dihadapannya amat berlainan ketika di pejabat. Dicapainya topi keledar lantas menyarungkan ke kepala Liz. Tanpa berkata apa-apa, ditunggangi motorsikalnya dengan Liz membonceng dan terus menuju ke arah rumah kawan Liz. Di pertengahan jalan, hujan turun dengan lebatnya. Namun Liz tetap menyuruh Zack meneruskan perjalanan walaupun Zack berkali-kali mahu berhenti berteduh risau akan kesihatan Liz. Malah tangan Liz makin erat memeluk pinggang Zack dan Zack makin laju meredah hujan lebat yang turun mencurah-curah. Setelah puas beraya di rumah kawan Liz tadi, walaupun hujan masih turun, memandangkan malam makin lewat, Zack terus menghantar Liz pulang dengan selamat.



Malam itu Zack tidak dapat tidur. Wajah Liz bermain di fikirannya. Tidak disangka Liz yang nampak bagaikan merpati liar amat mesra rupanya. Zack masih ingat betapa dia suka mengusik Liz. Lebih-lebih lagi sejak kebelakangan ini dilihatnya Liz seringkali termenung sendirian. Tapi tidak disangkanya usikan-usikan itu bakal mebawa kepada bibit kemesraan. Malah, pada diri Zack sudah mula timbul perasaan sayang pada Liz. Kemesraan dan gaya Liz yang selamba memikat hatinya. Hari berganti hari. Masa berganti masa. Kemesraan antara Zack dan Liz makin ketara. Zack sering keluar dengan Liz jika ada kelapangan. Bagaikan sepasang kekasih yang dilamun percintaan. Namun Zack tidah tahu bahawa yang terindah hanyalah sementara sahaja.


Petang itu, sebelum habis waktu kerja, Zack ditugaskan memeriksa tekanan air di tangki yang terletak di atas bumbung pejabat. Panas petang tidak langsung memberi apa-apa kesan padanya. Malah, dia sudah biasa dengan kerja-kerja berat dahulu. Jam ditangannya telah menunjukkan jam 5 petang. Setelah habis tahap tekanan air diperiksa, Zack beralih ke tepi bumbung untuk berehat sambil menikmati pandangan di bawah. Dari atas bumbung pejabatnya memang boleh dilihat pemandangan Dataran Merdeka dan bangunan sekitarnya. Dalam matanya meneroka setiap sudut, terpandang kelibat seseorang yang amat dikenalinya. "Liz", detik hatinya. Kelihatan Liz menuju ke arah bangunan sebelah di mana seorang pemuda sedang menunggu di sisi motorsikalnya. Faizal hati Zack berkata lagi. Zack hanya merenung dengan pandangan mata yang hampa sambil menarik nafas panjang. Betul seperti yang Wan katakan. Liz telah kembali kepada teman lelakinya.

Seminggu yang lepas;

"Liz, Liz jangan harapkan diri abang seperti yang Liz kehendaki. Kalau ikutkan diri abang, jangkaan abang untuk berkahwinpun mungkin dua tahun lagi. Itu had yang abang tetapkan bagi diri abang", kata Zack dengan rasa terpaksa apabila diajukan pertanyaan oleh Liz tentang hubungan mereka. Sebenarnya Zack cuba membuang harapan Liz padanya dengan cara yang tidak sedar. Sengaja dia berbuat begitu setelah dia tahu bahawa hubungan Liz dan teman lelakinya masih belum putus lagi. Pantang bagi dirinya merampas hak orang lain. Terlanjur dalam genggamannya, harus dipulangkan semula. Namun tidak terdaya baginya untuk menerangkan itu pada Liz secara berterus terang. Lebih-lebih lagi dengan keadaan Liz yang berjujuran air mata. Terusik hatinya melihat air mata seorang perempuan. Tak sanggup dia melukai hati insan yang amat disayanginya. Tangan Liz digenggam erat sambil sebelah tangannya lagi dengan lembut mengusap pipi Liz sambil menyapu air mata. Ditariknya Liz ke dakapan dan memeluk tubuh Liz erat sambil bibirnya mencium dahi Liz. "Maafkan abang sayang", bisik hati Zack. Walaupun zahirnya dia mahu Liz kembali ke pangkuan teman lelakinya, tetapi hakikatnya hatinya pedih. Pedih melihat insan yang disayanginya terpaksa dilepaskan atas dasar prinsip dirinya sendiri.

Pagi-pagi lagi Zack telah bangun. Hari ini Zack ditugaskan membantu membuat persiapan aktiviti di pejabat cawangan. Hati Zack gundah gulana apabila mendapat tahu bahawa Liz juga ditugaskan di sana. Bagi Zack kalau boleh dia tidak mahu berada berdekatan dengan Liz, walaupun hatinya meronta-ronta untuk bersama Liz. Ketika aktiviti berlangsung, Zack cuba menjauhkan diri dari Liz. Selesai sahaja aktiviti, Zack ke tingkat dua kerana banyak tugas yang perlu diselesaikan. Kakitangan yang lain pula ramai yang telah pulang dan mana yang tinggal berada di tingkat bawah. Zack membuka pintu dan terus masuk ke pejabat di tingkat dua itu. Tanpa disangka Liz juga berada disitu sedang menyiapkan saki baki tugas beliau. Untuk melangkah pergi bagi Zack tidak wajar. Dia cuba berbuat seperti biasa. Dilihat air muka Liz juga berubah. Mungkin terkejut dengan kehadirannya yang tiba-tiba. Zack cuba memecahkan kesepian dengan menegur Liz dan dijawab dengan baik oleh Liz. Mata bertentang mata. Zack merapati dan memegang tangan Liz. "Maafkan abang sayang atas apa yang abang katakan pada Liz malam itu. Abang cuba jauhkan diri dari Liz, tapi abang tak berdaya." Liz hanya diam membisu. Zack perlahan-lahan menarik Liz dan memeluk serta mencium pipi Liz. Dia akur. Walau bagaimana cara dia cuba menjauhi diri dari Liz, dia gagal. Dan hubungan mereka kembali terjalin, walaupun penuh rahsia.


Malam itu Zack bersama-sama keluarganya makan malam di sebuah restoran di Bandar Tasik Permaisuri. Hatinya gembira bersama-sama keluraganya menjelang Hari Raya Haji yang bakal menjelma tiga hari lagi. Lebih-lebih lagi baru empat hari lepas Zack menyambut hari jadi Liz. Pemberian hadiah teddy bear dan kek mengembirakan Liz. Malah sempat juga Liz terlena sekejap dalam pelukan Zack. Imbasan waktu bahagia itu bagaikan memberi sinar baru pada Zack. Sedang Zack menghadapi juadah, telefon bimbitnya berbunyi. Panggilan dari Liz. Segera ditinggalkan juadahnya dan menuju ke taman restoran tersebut. "Abang.... saya minta maaf. Kita kena putuskan hubungan kita ni. Saya dapat rasakan yang teman lelaki saya dapat tahu tentang hubungan kita", suara Liz dalam kerisauan. "Liz...jangan panik. Kalau iya pun, apa salahnya sayang bincang dengan abang dulu. Jangan tergesa-gesa membuat keputusan melalui telefon ni" Zack cuba menenangkan Liz. "Tak boleh abang...saya risau ni. Kita tak boleh berjumpa lagi selepas ini", Liz bagaikan merayu. "Liz.....dua hari lagi nak hari raya. Boleh tak sayang tunggu selepas hari raya? Kita berbincang dan sekurang-kurangnya kalau sayang nak ambil apa-apa keputusan juga, selepas hari raya ni. Jangan buat abang macam ni", Zack meminta. "Tak boleh bang. Kita kena putuskan hubungan ini juga". Liz masih dengan keputusannya dan terus meletakkan telefon. Zack terdiam. Pedih hatinya. Termenung dia seketika merenung langit. Dia kembali ke meja makan. Juadah yang belum dihabiskan tidak lalu dimakan. Hatinya kecewa Liz sanggup memutuskan hubungan mereka hanya melalui telefon sahaja.

Selepas dari detik itu, Zack langsung tidak dapat mendekati Liz. Lebih-lebih lagi Liz cuba menjauhi dirinya, hinggalah pada satu hari Zack mendapat berita yang Liz telah bertunang dengan teman lelakinya. Hati Zack remuk. Hujung minggu hari pertunangan Liz dihabiskan dengan menunggang motorsikalnya dari Kuala Lumpur hingga ke Kedah mencari ketenangan. Tiga bulan selepas itu, tersisip sekeping kad berwarna krim berbau wangi di atas meja Zack. Perlahan-lahan dibuka. Sudah diduga. Kad jemputan perkahwinan Liz

.............................................................................

Seekor ikan yang melompat menangkap serangga menyedarkan Zack dari lamunan. Jam sudah menunjukkan pukul 12 tengahari. Matahari sudah mula tegak di atas kepala. Zack bangun, menyapu punggungnya dan terus ke arah motorsikalnya. Perlahan-lahan motorsikal Zack meninggalkan Taman Tasik Titiwangsa menuju ke Lebuhraya Utara Selatan. Walaupun perjalanan dari Kuala Lumpur ke Bangi tidak jauh, masa perjalanan bagi Zack amat lama walaupun jarum meter kelajuan motorsikal Zack mencecah ke angka 140 kilometer sejam. Namun Zack masih tegap mengendalikan motorsikalnya. Tiba di rumah Liz, keadaan meriah dengan tetamu mula membanjiri majlis perkahwinan itu. Zack segera meletakkan motorsikalnya di bawah pokok berhampiran padang permainan tidak jauh dari rumah Liz. Perlahan-lahan Zack melangkahkan kaki. Sambil berjalan, mata Zack terarah ke arah khemah yang bertirai oren yang menjadi pilihan Liz sejak dulu lagi. "Abang, kalaulah kita kahwin nanti, Liz nak tirai khemah dan pelamin kita warna oren tau" Kata-kata Liz dahulu menusuk ke telinga Zack. Tangan Zack menggenggam erat hadiah yang dibawanya. Kelihatan ayah Liz sedang sibuk menyambut tetamu. Tangan Zack dihulur bersalaman sambil ayah Liz mengambil hadiah daripada Zack. Ucapan tahniah dan terima kasih saling berganti. Zack perlahan-lahan menuju ke meja buffet bagi mengambil makanan. Di udara berkumandang lagu bertajuk Hati Ini Telah Dilukai dendangan Ajai dan Kris Dayanti. Lagu yang menjadi kegemaran Zack dan Liz. Zack cuba menjengok ke arah dalam rumah. Tidak kelihatan kelibat pengantin. "Mungkin aku awal agaknya" Diceduknya sedikit nasi dan lauk. Dalam keadaannya sekarang, tiada apa-apa makanan pun yang boleh melalui tekaknya. Nasi dan lauk ditelannya agar tidak menghampakan tuan rumah. Setelah selesai makan, Zack ke tepi khemah di sudut yang agak terpencil. Dicapainya sebatang rokok Gudang Garam dari dalam beg pinggangnya lantas dinyalakan dan dihisapnya. Zack bukan penghisap rokok tegar, tapi dalam keadaan begini, rokoklah menjadi temannya. Tiba-tiba telinganya menangkap bunyi kompang dipalu. Pengantin dah sampai. Rupanya tanpa Zack sedar, dia berada di hadapan laluan yang bakal di lalui pengantin. Dalam keadaan tetamu berpusu-pusu untuk melihat pengantin, mata Zack menyorot ke arah seorang gadis ayu berhias cantik yang amat dikenalinya. Bulu romanya meremang. Darahnya bagaikan naik ke kepala. "Liz," bibirnya bersuara perlahan. Dengan iringan kompang, Liz dan Faizal berjalan perlahan-lahan menuju ke arah pelamin. Zack hanya terpaku berdiri memerhatikan Liz. Pandangannya hanya pada Liz sahaja dan objek lain semuanya kosong. Tiba di hadapan Zack, Liz yang tadi matanya hanya memandang ke hadapan melirik ke arah Zack. Terpancar kelainan di wajah Liz bila kedua-dua pasang mata bertentang. Segera Liz memalingkan mukanya dan membelok terus ke pelamin.


Zack menyedut rokok dalam-dalam. Baginya, cukuplah setakat itu. Langkahnya disusun menuju ke arah motorsikalnya sambil matanya masih memandang ke arah Liz di atas pelamin. Liz cuba untuk mengelak dari memandang kembali, tetapi sesekali matanya melirik ke arah Zack yang melangkah pergi. Setelah mengenakan jaket kulit dan topi keledar, Zack terus menunggang motorsikalnya menuju ke arah jalan besar. Sebelum itu, sempat direnungnya ke arah pelamin sekali lagi. "Liz, kau mawar berduri yang terpaksa aku lepaskan". Bisik hati Zack sambil menghidupkan enjin motorsikalnya. Deruman kasar enjin motorsikalnya yang berkuasa 350cc menarik perhatian tetamu yang hadir.




Di lebuhraya, motorsikalnya dirasakan bergerak perlahan, walaupun jarum meter telah menunjukkan ke angka 200 km/j. Mata Zack tajam merenung ke arah jalan raya. Fikirannya kosong. Hanya yang berlegar di kepalanya ialah gambaran kenangan ketika bahagia bersama Liz dahulu. Zack menarik nafas panjang. Belum sempat nafas yang ditarik dilepaskan semula, tiba-tiba sebuah kereta di hadapan Zack menukar barisan daripada tengah ke kanan dengan laju dan tanpa memberi isyarat. Tangan dan kaki Zack dengan cepat menekan brek. Brek motorsikal Zack mencengkam kuat menyebabkan tayar motorsikalnya terkunci. Kesan hitam bekas tayar Zack melintang panjang di atas jalan. Tetapi semuanya telah terlambat. Kereta tersebut terus menghimpit sisi motorsikal Zack menyebabkan motorsikal Zack terbabas ke pembahagi jalan. Zack tercampak dan terseret beberapa meter di atas jalan raya. Motorsikalnya berpusing dan meluncur laju ke tepi jalan. Nasib baik beberapa buah kenderaan sempat membrek kecemasan bagi mengelakkan tubuh Zack yang terbaring di tengah jalan. Jaket kulit dan topi keledarnya menghindarkan Zack dari cedera teruk. Hanya lelehan darah merah keluar dari hidung Zack. Mata Zack terpejam rapat sambil bibirnya bergerak-gerak mengucap dua kalimah syahadah. Setelah beberapa ketika, tiba ambulan lalu membawa Zack ke hospital berdekatan. Di hospital, Zack diisytiharkan koma akibat gegaran otak. Beliau terpaksa dimasukkan ke ICU dan disambungkan alat sokongan hidup.

Keluarga, rakan dan taulan mula ramai menziarahi Zack. Namun Zack tetap terbaring kaku. Setelah rakan-rakan Zack pulang, Liz muncul. Keseorangan. Perlahan-lahan kakinya diatur menuju ke katil Zack. Zack tidak berteman kerana ibu Zack pulang ke rumah sebentar. Keadaan Zack bagaikan sedang tidur dengan segala tiub dan wayar di badannya. Liz menyentuh tangan Zack. Perlahan-lahan jari Zack bergerak menyentuh jari Liz. Kelopak mata Zack yang tertutup bergerak-gerak bagaikan tahu Liz ada disisi. Liz menggenggam tangan Zack. Titisan air mata menuruni pipi Liz. Hatinya sebak. Insan yang pernah disayanginya dan dikecewakannya kini terlantar kaku. Tiba-tiba dirasakan tangannya digenggam erat oleh tangan Zack yang sejuk. Namun Zack masih kaku dan tidak sedar. Tanpa disedari, Liz tertidur di sisi katil Zack. Itupun dia terjaga apabila dibangunkan oleh jururawat. Sebelum beredar, puas ditarik tangannya dari tangan Zack yang menggenggam erat tanngannya bagaikan tidak mahu dilepaskan.


Malam itu, Liz tidak dapat tidur mengenangkan Zack. Wajah Zack berlegar-legar di fikirannya. Faizal sudah lama lena. Kenangan bersama-sama Zack dahulu silih berganti dalam mindanya. Setelah puas merenung syiling, akhirnya matanya terpejam.

Dari dalam kabus putih yang tebal, Zack muncul menuju ke arahnya. Mukanya putih bersih. Dengan berjaket kulit dan t-shirt hitam, pakaiannya sama seperti waktu kemalangan. Cuma masih bersih. Tiba di hadapannya, Zack menggenggam erat kedua belah tangannya. Bibir Zack menguntum senyum. "Abang tetap akan sayang Liz sampai bila-bila. Biarpun ketika nyawa abang telah tiada" Kata-kata yang pernah Zack ucapkan padanya dahulu. Liz terpaku tidak bersuara apa-apa. Perlahan-lahan Zack mencium bibir Liz. Terasa sejuk bibir Zack menyentuh bibir Liz dan Liz bagaikan di awang-awangan. Mata Liz merenung tajam ke mata Zack yang tidak berkedip merenungnya. Selamat tinggal sayang Zack berkata sambil tersenyum. Dengan tiba-tiba, sekelip mata, Zack hilang dari pandangan.

"Abang....!" Liz menjerit. Kegelapan bilik menerjah matanya. Rupanya dia bermimpi. Faizal terbangun. Segera dibukanya lampu. Liz berpeluh-peluh dan tercungap-cungap. Terasa dirinya kosong yang amat sangat. Ditangkup mukanya dengan tangan dan menangis hingga tertidur kembali.


Pagi-pagi lagi telefon bimbitnya sudah berbunyi. Liz mengambil cuti rehat hari ini. Mimpi malam tadi mengganggu fikirannnya. Liz terdengar suara Liza dalam tangisan. "Abang Zack dah tak ada. Malam tadi dia meninggal." Liz terdiam. Telefon bimbit yang dipegangnya jatuh dari tangan ke atas karpet. Dalam keadaan terkejut, dia terduduk di atas sofa. Fikirannya kosong. Air mata meniti deras menuruni pipinya. Hanya yang berlegar di fikirannnya ialah gambaran kenangan ketika bahagia bersama Zack dahulu.



Zackbikers

ps: Gambar dan cerita adalah imaginasi penulis semata-mata. Tiada kaitan dengan hidup dan yang mati. Gambar paparan adalah gambar hiasan dan milik peribadi penulis.

Tuesday, February 24, 2009

Apa nak buat yer???

Sebenarnya banyak kerja aku nak buat, tapi macam malas je. Dah la ada masalah dengan makcik CC yang jaga kenderaan kat Jabatan aku tu. Takde kenderaan camne aku nak kerja..??


Terpaksa la kerja dari rumah. Kira ngular jugak ler. Hehehehe.

Belek2 pc nampak la pic anak2 buah kessayangan aku. Saja upload kat sini nak kongsi dengan semua.



- tengah berebut kfc dengan alya fahemma


- bikers in the making (bikers dakwah....jgn marah ye Ta)

Kasih Tak Kesampaian

Kasih Tak Kesampaian

Zack mundar-mandir di hadapan motornya. Orang ramai yang lalu lalang di Taman Tasik Titiwangsa itu langsung tidak di pedulikan. Tidak terasa dia terganggu dan mengganggu mereka baginya. Sekejap-sekejap dia duduk di bangku dan merenung motornya. Motornya yang berkilat sudah lebih lima tahun bersamanya. Yamaha RD 350 YPVS tertera pada motornya. Zack tersenyum sendirian. Banyak memori dikongsi bersama-sama motornya itu. Bagaikan sebahagian dari hidupnya.


Lamunannya terhenti apabila tiba-tiba sebuah Satria hitam mendekatinya. Ekzos besar kereta tersebut jelas membingitkan dan mengganggu suasana aman di situ. Zack berdiri dan merenung ke arah kereta tersebut. Pintu kiri kereta tersebut tiba-tiba terbuka dan keluarlah seseorang gadis yang amat kenalinya. “Azura” bisik hati Zack. Pandangannya dialih untuk melihat pemandu kereta tersebut tetapi gagal kerana cermin gelap pada kereta tersebut. “Hai abang Zack” sapa Azura. “Dah lama tunggu ke?” tanya Azura dengan senyum yang bagaikan dibuat-buat. Zack hanya mengangguk. “Siapa itu?” tanya Zack pada Azura. “Kawan” jawab Azura singkat. “Zura minta dia tolong hantarkan Zura” terang Azura. “Oooo..kawan ye. Takkan kawan sampai tiap-tiap hari menghantar pulang. Patutlah Zura dah tak sudi nak naik motor dengan abang. Rupanya dah ada yang lain, yang lebih elok dari abang.” Zack berkata dengan nada geram. “Abang Zack! Zura datang ni bukan nak bertengkar dengan abang Zack. Zura datang ni sebab abang yang beria-ria sangat nak jumpa Zura.” Zura berkata pada Zack. Zack terdiam. “Oklah. Abang minta maaf” Zack mengalah. “Sebenarnya abang minta untuk bertemu dengan Zura ini sebab abang nak tahu apa yang sudah jadi dengan hubungan kita. Abang sudah lama tak mendengar khabar berita dari Zura. Zurapun dah lama tak call abang, dan bila abang call, Zura buat tak layan sahaja, malah kadang-kadang Zura suruh kawan Zura jawab panggilan. Kenapa Zura? Abang lihat Zurapun tak seperti dulu lagi” tanya Zack. “ Zura dah ada yang lain ke?” Zack meminta kepastian. Zura hanya terdiam. Suasana menjadi sepi.


“Abang Zack. Biarlah Zura berterus-terang. Sebenarnya Zura minta maaf pada abang Zack kerana tidak memberitahu abang terlebih dahulu. Sebenarnya Zura sudah bertunang. Yang di dalam kereta itu adalah tunang Zura.” Kata Zura pada Zack dengan nada yang tersekat-sekat. Zack hanya berdiri tegak. Kata-kata Azura itu bagaikan dentuman petir memecahkan gegendang telinganya. “Kenapa Zura. Sejak bila? Kenapa baru sekarang Zura nak beritahu?” tanya Zack keras setelah dapat mengawal dirinya. “Baru saja abang Zack. Zura tak nak beritahu abang Zack awal-awal kerana Zura takut. Lagipun pinangan datang tiba-tiba dan mak ayah Zura terus menerima” jawab Zura sambil menundukkan kepalanya. “Zurapun berfikir, sampai bila kita nak begini. Abang Zack tak habis-habis dengan motor abang.” Zura mempertahankan diri. “Zura, Zurapun tahu yang abang sayangkan Zura kan. Kenapa Zura tak beri abang peluang untuk buktikan cinta abang. Ini..ini cincin ni” Zack mengeluarkan sebentuk cincin dari dalam dompetnya. “Cincin ini untuk Zura. Abang dah lama bercadang untuk melamar Zura. Hanya menunggu masanya sahaja. Tapi Zura tak pernah beri peluang pada abang. Mak dan ayah abang, merekapun dah tahu mengenai Zura dan hanya menunggu isyarat dari abang sahaja untuk masuk meminang.” Zack melepaskan perasaannya. “Kenapa Zura. Apa salah abang pada Zura hingga Zura buat abang macam ni?” tanya Zack sayu. Zura hanya diam sambil matanya cuba untuk mengelak bertentangan dengan mata Zack. “Abang tak ada salah apa-apa pada Zura. Abang baik dan Zurapun senang dengan abang. Cuma Zura rasa kita tak sesuai bersama. Zura cuba terima abang, tapi Zura tak dapat. Zura cadangkan kita berkawan saja.” kata Zura. Zack hanya diam merenung Zura. Dirinya dirasakan kosong. “Abang, Zura dah buat keputusan, dan Zura minta abang terima keputusan Zura itu” pinta Zura. Zack merenung tajam wajah Zura. Gadis yamg amat di cintainya itu tiba-tiba merobekkan hatinya. “Zura, abang tetap tidak boleh terima keputusan Zura tu. Abang pinta Zura tarik balik apa yang Zura putuskan itu. “ Zack bagaikan merayu. “Tidak bang. Zura dah buat keputusan” kata Zura sambil menggelengkan kepalanya. Air matanya berlinangan membasahi pipinya. Zack dan Azura terdiam. Masing-masing bagaikan melayani perasaan. Keadaan hening seketika. “Zura, abang tetap tidak terima keputusan Zura itu, tetapi abang terpaksa mengikut. Abang sangkakan hubungan kita akan berakhir sebagai suami isteri, tapi takdir mengatasi segala-galanya. Kalau Zura rasakan Zura akan bahagia buat begini pada abang, abang relakan. Biarlah abang menjadi lilin, membakar diri abang untuk menerangi diri Zura. Walaupun Zura telah lukakan hati abang, abang tetap sayangkan Zura sampai bila-bila, hingga abang mati. Dari mulut ini abang berjanji dahulu, dari hati ini juga abang akan kotakan.” Kata Zack. Zura hanya diam membisu. Matanya merah dengan air matanya makin banyak berlinangan. “Abang, abang tak boleh cakap macam tu. Zura sayangkan abang, tapi Zura rasa abang akan dapat jumpa seseorang yang lebih baik daripada Zura. Percayalah” Azura cuba memujuk. “Sudahlah tu Zura. Tunang Zurapun sudah lama menunggu. Tidak elok Zura menyakitkan hatinya pula” nasihat Zack. “Abang...” Azura memanggil Zack sayu. Zack hanya tunduk membisu. Mukanya merah menahan marah. Perlahan-lahan Azura melangkah pergi dan memasuki ke dalam perut Satria hitam itu. Zack hanya memandang kereta itu berlalu pergi meninggalkannya dengan harapan yang kosong. Segera dia duduk di bangku sambil merenung kembali ke motornya. “Hanya dua perkara sahaja yang aku sayang di dunia ini selain keluargaku, Azura dan juga motorku. Kini Zura telah pergi, tetapi kau tetap setia padaku” bisik hati Zack pada motornya sambil air mata suam bergenang di matanya.



Malam minggu itu, seperti biasa kumpulan bermotor Zack berkumpul di Tabong. Deretan motorsikal memenuhi hadapan gerai makan. Kelihatan rakan-rakan Zack riuh rendah berbual dan bergurau sambil minum. Tapi Zack hanya duduk di sudut termenung sambil menghisap rokok. Zack bukannya perokok, tetapi malam itu Zack rakus menghisap sebatang demi sebatang rokok. Di hadapannya puntung rokok bertaburan. Zack bagaikan mengelamun sambil bibirnya tidak putus-putus menghembuskan asap rokok. Sekotak rokok hampir habis dihisapnya. Kepalanya mula terasa pening. Pandangannya mula berbayang. Rakan-rakan Zack yang melihat mula risau. “Zack, apa ni Zack. Jangan buat macamni. Aku tahu kau sayang pada Azura, tapi bukan ini caranya” nasihat Midi, rakan baik Zack. Zack hanya membisu sambil menjeling tajam Midi. Dicapainya lagi sebatang rokok dan dengan rakus dihisapnya. Midi hanya menggelengkan kepalanya. Setelah menghabiskan rokoknya yang terakhir, Zack bangun dari kerusi dan menuju ke arah motornya sambil di ikuti oleh rakan-rakan yang lain. “Kita ke Uptown!” jerit Zack dan rakan-rakan Zack seperti biasa menurut. Masing-masing menghidupkan motorsikal dan kepulan asap putih memenuhi kawasan tersebut. Melihatkan rakan-rakannya telah bersedia, Zack meluncur laju ke arah jalan raya sambil diekori rakan-rakannya. Sesekali Zack memegang tengkuknya apabila dirasakan kepalanya pening. Midi yang mengikuti dari belakang merasakan hatinya berdebar-debar.



Hari itu, Zack menunggang tidak seperti biasa. Sekejap ke tengah dan sekejap ke tepi. Namun dia masih dapat mengawal motornya. Tiba di Bukit Damansara, Zack meratah selekoh tanpa memperdulikan rakan-rakannya yang lain di belakang. Ketika beliau tiba di persimpangan Bukit Kiara, sebuah kereta keluar dari simpang perlahan-lahan. Zack yang agak laju, cuba mengelak kereta tersebut dan terus terbabas ke tepi jalan. Zack bersama motornya terhumban dan Zack tercampak dan terseret hingga beberapa meter. Keadaan berlaku dengan pantas. Setelah terbaring beberapa saat, Zack bangun dalam kepayahan dan melangkah ke arah motornya dengan kaki yang berdingkit. Jeansnya koyak dan berlumuran darah. Rakan-rakan Zack yang tiba selepas itu segera berhenti. Midi, Lan, Wan dan juga Awie berlari mendapatkan Zack. Rakan-rakan yang lain membantu dengan mengawal lalulintas. Midi yang mula-mula tiba di hadapan Zack terkejut apabila Zack memandangnya dengan wajah yang keliru. “Midi, kenapa nasib aku malang macam ini Midi? Mula-mula Azura tinggalkan aku, lepas tu motor aku pula hancur. Kenapa Midi? Apa salah aku?” tanya Zack sayu. “Relaks Zack. Bawak bertenang. Kau tu cedera Zack.” Midi menenangkan Zack. Midi memandang Zack dari atas hingga bawah. Tidak nampak padanya kecederaan teruk pada diri Zack selain dari kakinya berdarah. “Midi, kau pesan pada Azura yang aku tetap sayangkan dia sampai bila-bila” tiba-tiba Zack berpesan pada Midi. Selesai sahaja kata-kata Zack itu, dia terbatuk dan sejurus itu darah menyembur keluar dari hidung dan mulutnya. Kepalanya mendongak ke langit dan Zack terus terjelepok ke atas jalan raya bersebelahan motornya. Awie terus meluru ke arah Zack dan membukakan topi keledar Zack. Mata Zack seakan-akan tertutup dan sambil darah keluar dari hidung mengikut nafasnya. “Zack, kau jangan tinggalkan kami Zack!” Awie berbisik pada Zack. “Mengucap Zack” Lan mencelah. Mendengar pesanan Lan, mulut Zack terkumat-kamit mengucap dua kalimah syahadah. Malam yang gelap itu tiba-tiba berkelipan dengan lampu merah biru. Ambulan baru saja sampai dan tubuh Zack di bawa atas pengusung dan dimasukkan ke dalam ambulan. Rakan-rakan Zack hanya memandang ambulan itu berlalu pergi.

Tiba di hospital, Zack di masukan ke wad kecemasan. Beberapa rakan Zack sudah menunggu di situ setelah mendengar berita. Setelah di periksa, Zack di masukkan ke wad ICU. Doktor memaklumkan Zack mengalami kecederaan dalaman iaitu pada bahagian kepala dan badan. Wayar dan tiub terpaksa di masukkan ke badan Zack. Keluarga Zack sudah dimaklumkan. Setelah dua hari Zack di ICU, dia mulai sedar. Zack dipindahkan ke wad biasa. Rakan-rakan dan keluarge Zack gembira dengan keadaan Zack. Walaupun Zack tidak dapat bergerak banyak, dia masih boleh bercakap walau dengan nada yang lemah. Doktor mengingatkan agar dia banyak berehat.

Hari ini hari keempat Zack di dalam wad. Zack termenung di atas katil. Dia teringatkan Azura. Setitik air mata menitis membasahi pipinya. Kepalanya tiba-tiba berdenyut. Zack termenung sendirian. Tiba-tiba pintu wadnya di ketuk. Dari celah pintu, muncul wajah Midi. “Hai Zack. Boleh aku masuk?” tanya Midi. Zack hanya tersenyum riang sambil menganggukkan kepala, lemah. Setelah Midi masuk, Zack perasaan ada seseorang di belakang Midi. Matanya bagaikan tidak percaya apabila kelibat orang yang di belakang Midi adalah Azura. Setelah itu Midi meminta diri kerana perlu ke tempat kerja. Melihatkan keadaan Zack Azura segera meluru duduk di sebelah Zack. Tangan Zack digenggam erat. Zack hanya memandang ke arah wajah Azura sambil menghadiahkan senyuman manis. Tangan Azura di genggamnya kembali. “ Abang Zack, Zura minta maaf. Zura tahu Zura dah lukakan hati abang. Abang Zack tolong jangan marahkan Zura ye.” Zura berkata pada Zack dengan air mata yang berlinangan. Zack hanya tersenyum sambil mengangguk lesu. “Sudahlah Zura, semuanya pun telah berlalu. Abang tak dapat nak melawan takdir. Zurapun sudah menjadi milik orang lain. Abang rasa lebih baiklah abang mati daripada hidup tanpa Zura.” Kata Zack pada Zura bagaikan berdoa. Air mata Zura makin berlinangan apabila mendengarkan kata-kata Zack itu. “Abang Zack, tolong jangan ucap perkataan itu. Abang tolonglah fikir dulu sebelum abang kata perkara itu” pinta Azura. Zack hanya mendiamkan diri. Kepalanya makin berdenyut. “Zura, abang sejuklah Zura.” Kata Zack walaupun dirinya berselimut tebal. “Tolong peluk abang, Zura. Abang penat dan mengantuk. Abang nak tidur dalam dakapan Zura” Zack meminta. Azura menarik tubuh Zack ke arahnya dan memeluk Zack sambil tangannya digenggam erat oleh tangan Zack. “Abang sayangkan Zura tau. Selagi abang hidup, abang sayangkan Zura sampai bila-bila.” pesan Zack. “Zura pun sayangkan abang juga” balas Azura dalam linangan air mata. Keadaan bilik wad itu sepi dengan pasangan kekasih berpelukan erat. Zack dan Azura terlena dalam dakapan masing-masing.

Lewat malam, Azura terbangun dari tidurnya. Zack masih tidur dalam dakapannya. Tangannya digenggam erat oleh tangan Zack bagaikan tak akan dilepaskannya. Tiba-tiba Azura merasakan tangan Zack sejuk. Azura merenung wajah Zack masih tertidur berbantalkan dadanya. Bibir Zack bagaikan mengukir senyuman. “Abang” Azura mengejutkan Zack lembut sambil tangannya yang satu lagi mengusap rambut Zack. “Abang Zack” Azura mengejutkan Zack lagi. Masih tiada reaksi dari Zack. “Abang!” Azura meninggikan nadanya sedikit kerisauan. Zack masih tidak bergerak. Tiba-tiba Zura merasakan ada sesuatu yang tidak kena. Dirinya kaget. “Abang, tolong jangan buat Zura begini bang. Zura masih sayangkan abang” air mata Azura mula berlinangan. “Abang, jangan tinggalkan Zura. Zura minta maaf atas apa yang telah Zura lakukan, tapi tolong jangan buat Zura begini” Azura meratap. Air matanya mencurah-curah menitis membasahi muka Zack. Namun Zack masih kaku. Azura menggoncangkan badan Zack. Perlahan-lahan keluar darah dari hidung Zack mengalir menitis ke baju putih Azura. “Abang!!” Azura meraung sambil menangis.



Doktor meluru masuk setelah butang kecemasan ditekan Azura. Doktor cuba untuk menguraikan Zack dari Azura tetapi tangan Zack yang telah kaku itu bagaikan tidak mahu melepaskan Azura. Setelah diperiksa tubuh Zack, doktor hanya memandang Azura dengan pandangan yang sayu. “Saya minta maaf cik. Zack sudah tiada” kata doktor itu perlahan. Azura yang masih dalam dakapan Zack menangis teresak-esak. Diciumnya dahi Zack yang sejuk itu berulang-ulang kali. Ingin dia meraung tapi bagaikan tiada suara yang keluar. Kenangannya bersama Zack tiba-tiba menerjah ke ruang mindanya. Kata-kata Zack padanya dahulu terngiang-ngiang di telinganya. “Zura, kalau boleh bila abang mati nanti, abang nak mati dalam dakapan Zura”. Mengenangkan itu, esakan Azura makin bertambah. Air matanya berlinangan menuruni pipinya dan terus ke lantai. Tangannya mendakap erat tubuh Zack yang sudah kaku itu sambil menangis. Kesalnya tiada berguna lagi.



Sekian.
-Zack Azura (zack_azura@yahoo.com)
1 Februari 2003

Terima kasih kerana meluangkan masa membaca kisah ini. Untuk makluman, kisah ini adalah imiginasi penulis semata-mata dan tiada kena mengena dengan yang hidup mahupun yang telah tiada.

Cinta Sejati


Cinta Sejati





Di keheningan pagi raya, kelihatan seorang lelaki sedang membongkok membersihkan sebuah kubur yang kelihatan agak lama. Walaupun kelihatan agak usang, kubur tersebut bersih dan terjaga rapi. Tanpa menghiraukan sesiapa, lelaki itu terus sibuk sambil tangannya yang kasar pantas mencabut rumput-rumput liar yang tumbuh di sekitar kubur tersebut. Setitik demi setitik air mata suam kelihatan menitis mengalir turun menuruni pipinya. Setelah selesai kubur tersebut dibersihkan, lelaki tersebut duduk bersila sambil membaca Yasin dan doa dipanjatkan. Selesai membaca Yasin, dicapainya bekas air berisi rendaman bunga mawar lalu dicurahkan ke atas batu nisan sambil tangannya menyapu-nyapu bersih batu nisan tersebut. “Zura, Selamat Hari Raya sayang. Abang datang lagi hari ni, macam biasa. Abang masih lagi sayangkan Zura dan abang akan sayangkan Zura hingga ke akhir hayat abang” lelaki tersebut tiba-tiba bersuara, sayu. Lelaki tersebut menarik nafas panjang. Matanya yang berair itu memandang ke arah batu nisan di kuburan itu dengan pandangan yang kosong. Fikiran beliau mengimbau ke suatu masa sepuluh tahun yang lepas.


Sepuluh tahun lepas>



Tangan Zack menggenggam erat tangan Azura bagaikan tidak akan dilepaskannya. Keadaan Terminal Bas Putra yang penuh sesak dengan orang dan dalam keadaan tolak-menolak itu bagaikan tidak dapat menguraikan pasangan tersebut. Mata Zack merenung tajam ke mata Azura. “Abang, kenapa pandang Zura macam tu?” Zack hanya tersenyum. “Abang rasa berat hati untuk lepaskan Zura. Terasa macam abang tak akan dapat jumpa Zura lagi” jawab Zack. “Jangan cakap macam tu, Zura balik kampung sekejap aje. Hari raya ke-lima, Zura balik semula ke KL. Abang jangan risau la.” Zack hanya tersenyum sahaja mendengar jawapan tunangnya. Tangannya makin erat menggenggam tangan Azura. “Tapi, abang janji, jangan lupakan Zura tau.” Azura berkata pada Zack sambil tersenyum. “Abang janji sayang.” jawab Zack sambil tangannya makin erat menggenggam tangan Azura.







Tiba-tiba kedengaran suara dari pembesar suara mengumumkan ketibaan bas memasuki terminal. Zack segera memimpin tangan Azura menuju ke bas yang berhenti di hadapan sekali sambil tangannya yang sebelah lagi menjinjing beg pakaian Azura. Tertera pada tingkap bas tersebut ‘No. 5 KL-KB’. Zack membaca pada tiket di tangannya. Memang sah inilah bas yang perlu Azura naiki. Kaki Zack melangkah naik ke tangga bas sambil memandu Azura menuju ke tempat duduk. Kelihatan seorang perempuan tua sedang duduk bersebelahan dengan tempat duduk Azura. Zack tersenyum lega. “Nasib baik makcik ni yang duduk sebelah tunang aku, kalau lelaki, kenalah aku ikut Zura balik sekali” bisik hati Zack. Zack segera memberi salam pada perempuan tua tersebut. “ Makcik, ni tunang saya, Zura. Dia duduk sebelah makcik. Mintak makcik tolong tengok-tengokkan dia ye” sapa Zack. Azura dengan segera menghulurkan tangan pada makcik itu sambil memperkenalkan diri. “Eloklah tu nak. Sekurang-kurangnya ada juga teman makcik berbual. Sila duduk nak” jawab makcik tersebut sambil tersenyum.



Setelah meletakkan beg Azura, Zack segera turun dari bas sambil diekori oleh Azura dari belakang. “Zura, baspun dah nak bergerak. Abangpun tak boleh lama di sini. Bila Zura sampai kampung nanti, kirim salam abang pada mak dan ayah Zura. Jangan lupa pada adik Zura juga tau.” pesan Zack. “Baiklah abang. Abangpun sama tau, kirim salam sayang Zura pada mak dan ayah abang.” jawab Azura kembali. Enjin bas tiba-tiba dihidupkan. Azura memandang ke arah Zack. Dengan cepat Azura memegang dan terus mencium tangan Zack. “Abang, Zura pergi dulu ye. Ingat pesan Zura tadi. Jangan lupakan Zura ye. Zura sayangkan abang.” Kata Azura sambil tersenyum. Zack hanya memandang ke arah Azura. Tangan Azura digengam erat. Perlahan-lahan Zack melepaskan sebuah ciuman pada dahi Azura. Muka Azura tiba-tiba menjadi merah. Azura tersipu-sipu malu. “ Zura, walau apapun terjadi, abang tetap sayangkan Zura hingga ke akhir hayat abang. Zura ingat kata-kata abang tu ye.” Azura hanya menganggukkan kepala sambil linangan air mata bergenang di matanya. “Zura akan ingat abang sampai bila-bila. Zura pergi dulu bang. Janji jangan lupakan Zura ye” jawab Azura sambil menarik tangannya dari tangan Zack yang bagaikan tidak mahu melepaskan tangan Azura dan terus melangkah masuk ke dalam perut bas.


Pintu bas ditutup sambil bas tersebut bergerak perlahan-lahan keluar dari terminal sambil diperhatikan oleh Zack hingga hilang dari pandangan mata. Zack berdiri tegak bagaikan mengelamun. “Kenapa hatiku bagaikan ada sesuatu yang tak kena” bisik hatinya sambil kakinya melangkah pergi ke ruang letak motorsikal. Setelah mengenakan topi keledar, Zack terus menunggang motorsikalnya keluar dari Terminal Bas Putra menuju ke rumah. Keadaan ibukota malam itu bagaikan pesta dengan lampu berkilauan di kiri kanan jalan. Tapi hati Zack direnggut risau mengenang apa yang tak pasti. Di rumah Zack, lampu pelita bergemerlapan menanti ketibaan Aidilfitri. Zack pula berehat di luar rumah setelah penat membantu ibubapanya menyiapkan persiapan hari raya. Kelihatan kanak-kanak bising sambil bermain bunga api. Zack hanya memandang dengan pandangan kosong. Keriuhan kanak-kanak langsung tidak menarik perhatiannya. Hatinya yang tadi penuh kerisauan mula berdebar-debar bagai ada sesuatu yang akan berlaku. Zack bangun dan terus masuk ke rumah menuju ke biliknya. Tanpa berlengah, dia ke bilik air mengambil wuduk. Sejadah dibentangkan dan Zack terus menunaikan solat sunat sebelum masuk tidur. Namun Zack tidak boleh tidur. Fikirannya melayang memikirkan Azura sahaja. Walaupun matanya tak mahu pejam, dipaksakan juga hingga terlelap. Pagi esoknya, Zack terbangun setelah azan Subuh berkemumandang. Setelah menunaikan solat Subuh, Zack ke dapur membantu ibunya menyiapkan juadah untuk hari raya. Setelah itu, dia bersama-sama ayahnya ke masjid menunaikan solat sunat Aidilfitri. Di rumah, setelah menjamu selera dan bermaaf-maafan, Zack termenung sambil merenung ke luar rumah melihat kanak-kanak gembira berhari raya. Tiba-tiba telefon bimbit Zack berbunyi. Zack mengambil telefonnya dan merenung ke arah telefonnya. “Panggilan jauh. Dari Kelantan.” Bisik Zack. “Hello. Assalamualaikum” jawab Zack. “Waalaikumsalam. Abang Zack ye” balas pemanggil itu. “Ini adik Zura, Mira” pemanggil memperkenalkan diri dalam nada yang tersekat-sekat. “ Abang Zack, Mira minta maaf mengganggu, tapi Mira nak beritahu Abang Zack, yang kak Zura dah tiada…… Bas kak Zura kemalangan malam tadi masa baru sampai ke Kota Bharu.” Kata Mira dengan nada yang tersedu-sedu. “Insyaallah, petang selepas asar ni nak dikebumikan” sambung Mira singkat.

Zack hanya tersentak. Pandangannya kabur dan terus gelap. Kakinya bagaikan tak dapat lagi nak menampung berat badannya. Dengan cepat Zack duduk di sofa. Nafas Zack tersekat-sekat dan dadanya berombak kuat. Air matanya mula berlinang menitis membasahi pipi. Telefon bimbitnya terlepas dari tangan. “Astaghfirullahalazim. Ya Allah Ya Tuhanku” hanya itu sahaja suara yang keluar dari bibir Zack. Melihatkan keadaan Zack, ibu Zack menerpa ke arah anak sulungnya. “Mak, Zura dah tak de, mak. Zura dah meninggal. Kemalangan bas pagi tadi” beritahu Zack dengan suara yang tersekat-sekat. Ibu Zack hanya dapat menarik nafas sambil terduduk di sebelah anaknya. Tiada suara yang keluar dari bibirnya, hanya air mata bercucuran membasahi pipi tuanya.“Mak, ayah, Zack minta izin untuk pergi ke Kelantan, hari ini juga.” pinta Zack pada ibubapanya. “Baiklah Zack, kau bawa kereta ayah” jawab ayah Zack. “ Takpelah ayah, Zack pergi dengan motor Zack. Zack lebih selesa” jawab Zack. “Baiklah Zack. Tapi hati-hati. Ayah dan mak akan menyusul kemudian” pesan ayah Zack. Mendengar keizinan yang di beri, Zack segera berlari menuju ke biliknya untuk bersiap. Motornya sudah gagah tersedia menunggu untuk ditunggang. Motorsikal Yamaha RD 350 YPVS pemberian ayahnya itu banyak mengimbau kenangan antaranya dengan Azura. Dengan sekali tendangan sahaja, enjin motorsikal Zack mengaum garang dan terus meluncur keluar melalui pintu pagar rumah sambil di perhatikan oleh ibubapa Zack. Perjalanan jauh tidak menjadi masalah pada Zack kerana sebagai ahli kelab motor, beliau banyak kali melakukan konvoi ke lokasi-lokasi yang jauh. Motorsikalnya juga diselenggara dengan baik membuat perjalanan berjalan lancar.









Tepat jam lima petang, Zack tiba di rumah Azura. Deruman enjin motorsikal Zack menarik perhatian orang ramai yang berada di rumah Azura. Melihatkan Zack datang, Mira segera meminta ayahnya membawa Zack masuk. Zack terus menerpa ke arah ayah Azura sambil mencium tangan ayah Azura. Dengan linangan air mata, ayah Azura memeluk Zack. “Zura dah tak ada Zack” kata ayah Zura. “Mari tengok dia” ajak ayah Azura. Perlahan-lahan Zack melangkah menuju ke atas rumah Azura. Dari pintu rumah, kelihatan sekujur tubuh ditutupi kain batik sambil dikelilingi orang-orang sambil membaca Yasin. Kelihatan ibu Azura berteleku di sisi tubuh Azura sambil teresak-esak. “Maknya, ini Zack. Tolong bukakan tutup muka Zura tu.” Kata ayah Azura. Ibu Azura memandang ke arah Zack sambil linangan air matanya makin mencurah-curah keluar. Tangannya perlahan-lahan membuka kain batik yang menutupi muka Azura. Zack menanti dengan hati yang berdebar-debar. Setelah kain batik di selak, terserlahlah wajah Azura, kekasihnya yang amat dicintainya. Walaupun rohnya sudah tiada, wajah Azura tetap ayu, tetap cantik. Tanpa dapat ditahan, air mata Zack berlinang keluar membasahi pipi dan juga lantai. Zack membacakan Al-Fatihah dan doa untuk tunang tercintanya. Keadaan menjadi sepi. Kesayuan mula terasa pada yang hadir. Mira hanya dapat menutup mukanya dengan telapak tangannya sambil teresak-esak.

Jenazah Azura di alihkan ke dalam pengusung. Zack memegang kayu pengusung yang di hadapan sekali. Perlahan-lahan pengusung dimasukkan ke dalam van jenazah. Setelah van jenazah meninggalkan rumah menuju ke tanah perkuburan, hujan mulai turun. Setelah selesai upacara pengkebumian, Zack meminta izin dari ayah Azura untuk bertafakur seketika. Tinggallah Zack seorang diri melutut di sisi kubur Azura. Hujan lebat membasahi bumi tidak di hiraukan. Linangan air mata Zack masih tidak berhenti. “Zura, abang minta maaf jika abang ada buat salah dan silap pada Zura.” kata Zack dengan tersedu-sedu. “Abang sangkakan hubungan kita akan berakhir sebagai suami isteri, tapi takdir menentukan segala-galanya. Abang tak boleh melawan takdir sayang.” sambung Zack. “ Abang pernah berjanji untuk menyayangi Zura hingga ke akhir hayat abang, dan abang akan tepati janji abang itu, walaupun Zura tiada lagi di sisi abang. Bagi abang, Zuralah kekasih abang yang pertama dan yang terakhir” Linangan air mata dan sedu Zack makin bertambah. Tangannya menggenggam kuat tanah kubur Azura. “Abang berjanji, abang akan tetap sayangkan Zura dan abang takkan lupakan Zura hingga ke akhir hayat abang.” kata Zack sambil berdiri. Perlahan-lahan Zack mengatur langkah longlai meninggalkan tanah perkuburan dalam hujan yang makin mencurah-curah.

Masa sekarang>


Kicauan burung menghentikan lamunannya. Haripun sudah menjelang tengahari. “Zura, abang balik dulu Zura. Jauh lagi perjalanan abang ke Kuala Lumpur. Motor kitapun abang masih guna lagi. Masih boleh bawa abang berjumpa Zura hari ini. Macammanapun, abang tetap sayangkan Zura hingga ke hembusan nafas abang yang terakhir. Zura ingat tu ye sayang.” Kata Zack dengan lembut. Tangannya menabur bunga-bunga yang dipotong rapi ke atas kubur Azura. Setelah itu Zack bangun sambil mengemaskan barang-barang dan menuju ke arah motornya. Walaupun sudah sepuluh tahun berlalu, motorsikal pemberian arwah ayah Zack masih kukuh lagi. Perlahan-lahan Zack menunggang motornya meninggalkan pusara kekasih tercintanya. Ketika Zack keluar dari simpang tanah perkuburan, tiba-tiba sebuah kereta dengan laju keluar dari selekoh dan terus merempuh Zack tanpa sempat mengelak.







Zack tercampak jauh. Darah memercik membasahi motor Zack. Tubuh Zack terbaring di atas jalan raya. Matanya memandang ke arah langit sambil mulutnya terkumat-kamit mengucap dua kalimah syahadah. Pandangannya mulai kabur, kemudian kelam, kelam dan terus gelap. Nafas Zack berombak deras, kemudian perlahan dan perlahan. Apa yang kelihatan di anak matanya hanyalah raut wajah ayu Azura ketika dia mencium dahi Azura sepuluh tahun yang lepas.








Setelah ambulan tiba, Zack disahkan meninggal dunia di tempat kejadian, tidak jauh dari kubur Azura. Akhirnya Zack dapat mengotakan janjinya iaitu untuk menyayangi kekasihnya, Azura, hingga ke hembusan nafasnya yang terakhir.





Sekian.

Nukilan:
Zack_Azura
10:50pm
3/1/2003



Hi guys..im back

Hi guys...



Malam2 ni dengan hujan rintik-rintik di luar ingatkan saya tentang satu hobi saya yang dah lama saya tinggalkan. Menulis. Faktor utama hobi itu ditinggalkan adalah faktor masa. Mana ada masa sekarang ni beb. Asyik kerja je.





Dan kegemaran dalam hobi saya tu ialah menulis cerpen cinta. Hehehehe. Tak percaya kan bikers macam saya boleh tulis cerpen cinta. Tak la best sangat cerpen cinta saya tu tapi saya pernah masukkan dalam web majalah remaja dan nampaknya ramai jugak peminat aku. So.... dalam ruang blog aku yang seterusnya.. tunggu la cerpen cinta saya yang pertama kali saya tulis tahun 2003 dulu.

- ni pun salah satu kegemaran aku....merosakkan jalan tar kerajaan...hehehehe


Lupa lak nak mention, tengahari tadi my brother sudah jatuh motor woo... My mistake jugak.. Kebetulan masa saya balik, Atih baru nak keluar gi sekolah (dia Cikgu daaa..). So saya mintak dia tolong hantar wiper kat abg nasir (our family mekanik). So dia pergi la. Saya pun masuk dalam rumah nak berehat. tau2 hp berbunyi dan Atih call. jawab2 dia cakap dia accident. Dengan pantas saya gerak ke lokasi. Risau jugak. Sampai2 nasib baik dia tak apa2. Luka2 dan motor LC135 baru dia dah pecah2. Nampak gaya memang jatuh dengan laju tu. Saya memang tak heran sebab Atih ni memang ex pelumba haram macam saya jugak. Rasanya dia corner LC135 tu sampai over limit. Tayar lak tayar TT9 siam. Terus drop la sebab takyar tak mampu nak tampung corner tu. Ni bukan sekali Atih accident macam ni. Dah banyak kali.


- Atih new bike


So saya pun bwk LC135 dia balik while dia bawak Lagenda saya. Sampai rumah, naik kereta terus hantar dia ke klinik kerajaan Bt 9. Sampai sana ingatkan misi2 kat sana cun2 tapi rupanya ramai yg dah tua. Alahai...

Tau2 Atih kuar klinik tunjuk kat saya MC. Syok tul dia dapat MC dua hari.
Tapi motor tersadai le.....



- tayar made in siam... aku kena beli bridgestone japan la untuk mamat ni




- kan dah calar cover set


- handle pun bengkok



- ekzos pun calar