Saturday, February 19, 2011

Kisah Ibu Buta dan Anaknya

Kisah Ibu Buta dan Anaknya






Aku dan ibuku tinggal berdua di rumah peninggalan ayahku yang telah meninggal dunia ketika aku baru lahir.

Ibuku bekerja memasak di kantin sekolah ku. Hidup kami walaupun susah namun ibuku amat menyayangiku cuma aku tidak sedar. Ibuku buta sebelah matanya, aku sangat malu dan sangat membencinya. Suatu hari saat aku masuk sekolah dia datang ke kelasku dan mengucap salam kepadaku.
Aku begitu malu di depan teman-temanku, bagaimana dia boleh melakukan itu kepadaku di hadapan kawan-kawanku.
Lalu aku tidak pedulikan dia dan melemparkan pandangan benci kepadanya sambil berlari pergi.
Keesokan harinya salah seorang kawanku mengejekku dengan berkata “Hei ibumu hanya punya sebelah mata”
Saat itu aku merasa ingin mati sahaja, dan ingin ibuku itu hilang dan pergi dari kehidupanku.
Lalu aku bertengkar dengan ibuku seraya mengatakan: “Kalau ibu hanya menjadi bahan tertawaan kawan-kawanku mengapa ibu tak mati saja”
Ibuku hanya diam dan tak menjawab segala sumpah seranah yang aku tujukan kepadanya.
Aku sama sekali tak memikirkan apa yang aku katakan kepadanya, kerana saat itu aku sangat marah kepadanya sebab memberi malu padaku.
Dan aku juga tidak memperdulikan perasaannya terhadap sumpah seranahku itu.
Aku berhasrat ingin keluar dari rumah ibuku.
Jadi aku belajar dengan rajin agar aku mendapat biasiswa untuk belajar ke luar negeri dan meninggalkan ibuku yang buta itu.
Setelah habis belajar aku berjaya bekerja dan berkahwin, aku membeli rumah dan hidup bahagia dengan mempunyai dua anak.
Pada suatu ketika ibuku mengunjungiku, kerana sudah bertahun-tahun dia tidak menemuiku dan tidak pernah bertemu dengan cucunya.
Ketika dia memberi salam dan isteriku membukakan pintu lalu anak-anakku mentertawakannya kemudian takut karena melihat wajahnya yang hanya dengan satu mata.
Lalu aku menemuinya di luar dan berteriak kepadanya: “Betapa beraninya kamu ke rumahku dan menakut-nakutkan anak-anakku, pergi dari sini sekarang juga!!”
Ibuku hanya menjawab: “ Maaf saya salah alamat” Dan kemudian dia pun pergi.


Beberapa lama selepas itu ada undangan perjumpaan semula sekolah lamaku dikirimkan ke rumahku.
Jadi aku berbohong kepada isteriku dan aku mengatakan ada mesyuarat di luar bandar.
Selesai perjumpaan semula di sekolah aku singgah di kampungku atas sekadar ingin tahu apa berita ibuku.
Sampai di rumah lamaku, didapati rumah itu begitu usang tanpa penjagaan dan hampir roboh.
Salah seorang jiran lama aku melihat kedatanganku dan menghampiriku. Beliau mengatakan kepadaku bahawa ibuku telah meninggal dunia.
Aku langsung tidak merasa sedih atau menitiskan air mata mendengar berita itu.
Lalu jiran aku itu menyerahkan sepucuk surat peninggalan dari ibuku untukku.
Lalu aku pun membuka dan membacanya:

'Anakku tersayang, aku memikirkanmu setiap saat.
Maafkan aku kerana telah datang ke rumahmu dan menakut-nakutkan anak-anakmu.
Aku ke rumahmu kerana rindu dan teringin sangat melihat cucuku.
Walaupun kamu mengusirku tapi aku senang dapat melihatmu dan anak-anakmu.
Dan aku sangat bergembira setelah aku dengar engkau akan hadir ke perjumpaan semula sekolahmu.
Tapi sayangnya aku tidak bisa bangkit dari tempat tidur aku untuk melihatmu.
Anakku, maafkan aku yang telah membuatmu malu sewaktu kita masih bersama.
Ketahuilah anakku, sewaktu kau masih kecil kau mengalami kemalangan yang membuatmu kehilangan sebelah matamu.
Sebagai seorang ibu, aku tidak sanggup membiarkan kamu hidup hanya dengan satu mata saja.
Jadi aku dermakan mataku yang sebelah untukmu
Aku sangat bangga pada anakku yang telah memperlihatkanku dunia baru untukku ditempatku dengan mata itu.
Bersama dengan cintaku.
IBUMU… '