Friday, May 22, 2009
Operasi Bersepadu
Hari Terbuka Batalion 7 Rejimen Renjer Diraja yang ke 39
Sampai di kem minum dulu. Dalam jam 2 petang baru semua bergerak ke kereta perisai Adnan bila tak tahan dengar enjinnya mengaum memanggil2. Sempat jugak la 2 round naik Adnan tu. Memang pengalaman yang tak dapat dilupakan. Semua gembira.
Motif ride ini adalah sebagai pendedahan ahli-ahli RD CLUB kepada bidang ketenteraan dan semoga penampilan di media dapat menarik minat remaja menyertai kerjaya ketenteraan. Insyaallah lebih banyak aktiviti seumpama ini akan di adakan.
Thursday, May 21, 2009
Karnival Motorsikal Antarabangsa Vespa/Lambretta dan Motor Klasik 2009
Alhamdulillah.
The Shields
Berbalik pada siri The Shields, mungkin paparan sesuatu tidak seperti yang kita sangkakan. Mungkin dalam watak siri tersebut ada yang jahat tetapi tersimpan nilai murni dalam dirinya. Seperti contoh watak Vic iaitu seorang ketua Unit Tindakan Khas atau Task Force team yang ganas dan kadang2 jahat tetapi beliau mempunyai sifat2 membantu walaupun yang dibantu itu hanyalah penagih dadah mahupun pelacur. Selain daripada itu, sifat kesetiaan, kepimpinan dan keberanian menjadikan dia watak idola aku.
Dalam episod minggu lepas, Vic digantung 10 hari dan bakal tidak menerima pencen kerana melakukan tugas beliau. Sama juga seperti yang dihadapi oleh aku. Ditarik kad kuasa dan buku saman kerana tugas yang aku lakukan. Kadang-kadang terasa tiada keadilan dalam dunia ini. Namun dari pengalaman, setiap yang benar itu akan berjaya, insyaallah.
Kepada yang menerima nasib macam aku ngan Vic tu, teruskan perjuangan. Ketua tak semestinya betul.
Filem Bohsia
Jumaat malam Sabtu sempat juga aku racun geng-geng RD CLUB aku tonton filem Bohsia. Ni semua idea Jai TZR la. Aku ni bukan peminat filem Melayu sangat. Kalau tengok pun cerita P.Ramlee jer. Namun, kerana teruja menonton filem Rempit (beli CD jer) yang jalan ceritanya real dan hampir dengan keadaan sebenar dunia mat motor sepertia aku, rasanya tak salah bagi aku try filem Bohsia ni pula.
Thursday, February 26, 2009
What happening to me?
But if that time or thing happen again, I'll be ready this time and pare me your sorrow.
Cinta Yang Hilang
Sesekali matanya melingas ke arah jam tangannya. Mungkin ada janji. Dikeluarkan telefon bimbitnya. Matanya merenung ke arah skrin warna telefon bimbitnya yang tertera gambar seorang gadis manis berbaju oren. Sesekejap terdengar keluhan panjang dari pemuda itu. Direnungkannya ke langit menggamit awan biru bagaikan mengingati sesuatu peristiwa.
...........................................................................
Zack sedang menulis seuatu di atas mejanya. Kertas kerja program konvoi yang akan diadakanya teliti disiapkan. Masa bagi menghantar kertas kerja itu tidak lama lagi. Tiba-tiba keasyikannya terganggu dengan bunyi telefon bimbitnya menandakan satu sms telah sampai. Sambil menulis, tangannya mencapai telefon bimbitnya bagi melihat sms yang baru diterimanya. "Erm...sapa pulak ni?" cetus hati Zack bila membaca satu sms dari nombor yang tidak dikenalinya bertanyakan khabar tentang dirinya. Segera jarinya pantas membalas sms itu kembali bertanyakan siapa pengirim sms tersebut. Tidak sampai dua minit menunggu, pertanyaan Zack berbalas. "Erm...Liz?" Di mata Zack terbayang gadis sepejabatnya yang agak tomboy, bertudung tetapi agak manis dan menarik. "Apa mimpi Liz sms aku?" hati Zack bertanya. Memang Zack baik dan suka bergurau dengan gadis-gadis di pejabatnya, tetapi dia tidak sangka yang Liz boleh boleh menghantar sms padanya bertanyakan khabar. Setelah beberapa kali sms bertanyakan soalan, barulah Zack tahu yang Liz mendapat nombor telefonnya daripada kawan lelaki sepejabatnya juga. Dan di akhir sms, terpatri permintaan dari Liz dan janji dari Zack untuk menemankan Liz ke rumah hari terbuka Deepavali kawan Liz.
Malam itu Zack tidak dapat tidur. Wajah Liz bermain di fikirannya. Tidak disangka Liz yang nampak bagaikan merpati liar amat mesra rupanya. Zack masih ingat betapa dia suka mengusik Liz. Lebih-lebih lagi sejak kebelakangan ini dilihatnya Liz seringkali termenung sendirian. Tapi tidak disangkanya usikan-usikan itu bakal mebawa kepada bibit kemesraan. Malah, pada diri Zack sudah mula timbul perasaan sayang pada Liz. Kemesraan dan gaya Liz yang selamba memikat hatinya. Hari berganti hari. Masa berganti masa. Kemesraan antara Zack dan Liz makin ketara. Zack sering keluar dengan Liz jika ada kelapangan. Bagaikan sepasang kekasih yang dilamun percintaan. Namun Zack tidah tahu bahawa yang terindah hanyalah sementara sahaja.
Petang itu, sebelum habis waktu kerja, Zack ditugaskan memeriksa tekanan air di tangki yang terletak di atas bumbung pejabat. Panas petang tidak langsung memberi apa-apa kesan padanya. Malah, dia sudah biasa dengan kerja-kerja berat dahulu. Jam ditangannya telah menunjukkan jam 5 petang. Setelah habis tahap tekanan air diperiksa, Zack beralih ke tepi bumbung untuk berehat sambil menikmati pandangan di bawah. Dari atas bumbung pejabatnya memang boleh dilihat pemandangan Dataran Merdeka dan bangunan sekitarnya. Dalam matanya meneroka setiap sudut, terpandang kelibat seseorang yang amat dikenalinya. "Liz", detik hatinya. Kelihatan Liz menuju ke arah bangunan sebelah di mana seorang pemuda sedang menunggu di sisi motorsikalnya. Faizal hati Zack berkata lagi. Zack hanya merenung dengan pandangan mata yang hampa sambil menarik nafas panjang. Betul seperti yang Wan katakan. Liz telah kembali kepada teman lelakinya.
Seminggu yang lepas;
"Liz, Liz jangan harapkan diri abang seperti yang Liz kehendaki. Kalau ikutkan diri abang, jangkaan abang untuk berkahwinpun mungkin dua tahun lagi. Itu had yang abang tetapkan bagi diri abang", kata Zack dengan rasa terpaksa apabila diajukan pertanyaan oleh Liz tentang hubungan mereka. Sebenarnya Zack cuba membuang harapan Liz padanya dengan cara yang tidak sedar. Sengaja dia berbuat begitu setelah dia tahu bahawa hubungan Liz dan teman lelakinya masih belum putus lagi. Pantang bagi dirinya merampas hak orang lain. Terlanjur dalam genggamannya, harus dipulangkan semula. Namun tidak terdaya baginya untuk menerangkan itu pada Liz secara berterus terang. Lebih-lebih lagi dengan keadaan Liz yang berjujuran air mata. Terusik hatinya melihat air mata seorang perempuan. Tak sanggup dia melukai hati insan yang amat disayanginya. Tangan Liz digenggam erat sambil sebelah tangannya lagi dengan lembut mengusap pipi Liz sambil menyapu air mata. Ditariknya Liz ke dakapan dan memeluk tubuh Liz erat sambil bibirnya mencium dahi Liz. "Maafkan abang sayang", bisik hati Zack. Walaupun zahirnya dia mahu Liz kembali ke pangkuan teman lelakinya, tetapi hakikatnya hatinya pedih. Pedih melihat insan yang disayanginya terpaksa dilepaskan atas dasar prinsip dirinya sendiri.
Pagi-pagi lagi Zack telah bangun. Hari ini Zack ditugaskan membantu membuat persiapan aktiviti di pejabat cawangan. Hati Zack gundah gulana apabila mendapat tahu bahawa Liz juga ditugaskan di sana. Bagi Zack kalau boleh dia tidak mahu berada berdekatan dengan Liz, walaupun hatinya meronta-ronta untuk bersama Liz. Ketika aktiviti berlangsung, Zack cuba menjauhkan diri dari Liz. Selesai sahaja aktiviti, Zack ke tingkat dua kerana banyak tugas yang perlu diselesaikan. Kakitangan yang lain pula ramai yang telah pulang dan mana yang tinggal berada di tingkat bawah. Zack membuka pintu dan terus masuk ke pejabat di tingkat dua itu. Tanpa disangka Liz juga berada disitu sedang menyiapkan saki baki tugas beliau. Untuk melangkah pergi bagi Zack tidak wajar. Dia cuba berbuat seperti biasa. Dilihat air muka Liz juga berubah. Mungkin terkejut dengan kehadirannya yang tiba-tiba. Zack cuba memecahkan kesepian dengan menegur Liz dan dijawab dengan baik oleh Liz. Mata bertentang mata. Zack merapati dan memegang tangan Liz. "Maafkan abang sayang atas apa yang abang katakan pada Liz malam itu. Abang cuba jauhkan diri dari Liz, tapi abang tak berdaya." Liz hanya diam membisu. Zack perlahan-lahan menarik Liz dan memeluk serta mencium pipi Liz. Dia akur. Walau bagaimana cara dia cuba menjauhi diri dari Liz, dia gagal. Dan hubungan mereka kembali terjalin, walaupun penuh rahsia.
Malam itu Zack bersama-sama keluarganya makan malam di sebuah restoran di Bandar Tasik Permaisuri. Hatinya gembira bersama-sama keluraganya menjelang Hari Raya Haji yang bakal menjelma tiga hari lagi. Lebih-lebih lagi baru empat hari lepas Zack menyambut hari jadi Liz. Pemberian hadiah teddy bear dan kek mengembirakan Liz. Malah sempat juga Liz terlena sekejap dalam pelukan Zack. Imbasan waktu bahagia itu bagaikan memberi sinar baru pada Zack. Sedang Zack menghadapi juadah, telefon bimbitnya berbunyi. Panggilan dari Liz. Segera ditinggalkan juadahnya dan menuju ke taman restoran tersebut. "Abang.... saya minta maaf. Kita kena putuskan hubungan kita ni. Saya dapat rasakan yang teman lelaki saya dapat tahu tentang hubungan kita", suara Liz dalam kerisauan. "Liz...jangan panik. Kalau iya pun, apa salahnya sayang bincang dengan abang dulu. Jangan tergesa-gesa membuat keputusan melalui telefon ni" Zack cuba menenangkan Liz. "Tak boleh abang...saya risau ni. Kita tak boleh berjumpa lagi selepas ini", Liz bagaikan merayu. "Liz.....dua hari lagi nak hari raya. Boleh tak sayang tunggu selepas hari raya? Kita berbincang dan sekurang-kurangnya kalau sayang nak ambil apa-apa keputusan juga, selepas hari raya ni. Jangan buat abang macam ni", Zack meminta. "Tak boleh bang. Kita kena putuskan hubungan ini juga". Liz masih dengan keputusannya dan terus meletakkan telefon. Zack terdiam. Pedih hatinya. Termenung dia seketika merenung langit. Dia kembali ke meja makan. Juadah yang belum dihabiskan tidak lalu dimakan. Hatinya kecewa Liz sanggup memutuskan hubungan mereka hanya melalui telefon sahaja.
Selepas dari detik itu, Zack langsung tidak dapat mendekati Liz. Lebih-lebih lagi Liz cuba menjauhi dirinya, hinggalah pada satu hari Zack mendapat berita yang Liz telah bertunang dengan teman lelakinya. Hati Zack remuk. Hujung minggu hari pertunangan Liz dihabiskan dengan menunggang motorsikalnya dari Kuala Lumpur hingga ke Kedah mencari ketenangan. Tiga bulan selepas itu, tersisip sekeping kad berwarna krim berbau wangi di atas meja Zack. Perlahan-lahan dibuka. Sudah diduga. Kad jemputan perkahwinan Liz
.............................................................................
Seekor ikan yang melompat menangkap serangga menyedarkan Zack dari lamunan. Jam sudah menunjukkan pukul 12 tengahari. Matahari sudah mula tegak di atas kepala. Zack bangun, menyapu punggungnya dan terus ke arah motorsikalnya. Perlahan-lahan motorsikal Zack meninggalkan Taman Tasik Titiwangsa menuju ke Lebuhraya Utara Selatan. Walaupun perjalanan dari Kuala Lumpur ke Bangi tidak jauh, masa perjalanan bagi Zack amat lama walaupun jarum meter kelajuan motorsikal Zack mencecah ke angka 140 kilometer sejam. Namun Zack masih tegap mengendalikan motorsikalnya. Tiba di rumah Liz, keadaan meriah dengan tetamu mula membanjiri majlis perkahwinan itu. Zack segera meletakkan motorsikalnya di bawah pokok berhampiran padang permainan tidak jauh dari rumah Liz. Perlahan-lahan Zack melangkahkan kaki. Sambil berjalan, mata Zack terarah ke arah khemah yang bertirai oren yang menjadi pilihan Liz sejak dulu lagi. "Abang, kalaulah kita kahwin nanti, Liz nak tirai khemah dan pelamin kita warna oren tau" Kata-kata Liz dahulu menusuk ke telinga Zack. Tangan Zack menggenggam erat hadiah yang dibawanya. Kelihatan ayah Liz sedang sibuk menyambut tetamu. Tangan Zack dihulur bersalaman sambil ayah Liz mengambil hadiah daripada Zack. Ucapan tahniah dan terima kasih saling berganti. Zack perlahan-lahan menuju ke meja buffet bagi mengambil makanan. Di udara berkumandang lagu bertajuk Hati Ini Telah Dilukai dendangan Ajai dan Kris Dayanti. Lagu yang menjadi kegemaran Zack dan Liz. Zack cuba menjengok ke arah dalam rumah. Tidak kelihatan kelibat pengantin. "Mungkin aku awal agaknya" Diceduknya sedikit nasi dan lauk. Dalam keadaannya sekarang, tiada apa-apa makanan pun yang boleh melalui tekaknya. Nasi dan lauk ditelannya agar tidak menghampakan tuan rumah. Setelah selesai makan, Zack ke tepi khemah di sudut yang agak terpencil. Dicapainya sebatang rokok Gudang Garam dari dalam beg pinggangnya lantas dinyalakan dan dihisapnya. Zack bukan penghisap rokok tegar, tapi dalam keadaan begini, rokoklah menjadi temannya. Tiba-tiba telinganya menangkap bunyi kompang dipalu. Pengantin dah sampai. Rupanya tanpa Zack sedar, dia berada di hadapan laluan yang bakal di lalui pengantin. Dalam keadaan tetamu berpusu-pusu untuk melihat pengantin, mata Zack menyorot ke arah seorang gadis ayu berhias cantik yang amat dikenalinya. Bulu romanya meremang. Darahnya bagaikan naik ke kepala. "Liz," bibirnya bersuara perlahan. Dengan iringan kompang, Liz dan Faizal berjalan perlahan-lahan menuju ke arah pelamin. Zack hanya terpaku berdiri memerhatikan Liz. Pandangannya hanya pada Liz sahaja dan objek lain semuanya kosong. Tiba di hadapan Zack, Liz yang tadi matanya hanya memandang ke hadapan melirik ke arah Zack. Terpancar kelainan di wajah Liz bila kedua-dua pasang mata bertentang. Segera Liz memalingkan mukanya dan membelok terus ke pelamin.
Zack menyedut rokok dalam-dalam. Baginya, cukuplah setakat itu. Langkahnya disusun menuju ke arah motorsikalnya sambil matanya masih memandang ke arah Liz di atas pelamin. Liz cuba untuk mengelak dari memandang kembali, tetapi sesekali matanya melirik ke arah Zack yang melangkah pergi. Setelah mengenakan jaket kulit dan topi keledar, Zack terus menunggang motorsikalnya menuju ke arah jalan besar. Sebelum itu, sempat direnungnya ke arah pelamin sekali lagi. "Liz, kau mawar berduri yang terpaksa aku lepaskan". Bisik hati Zack sambil menghidupkan enjin motorsikalnya. Deruman kasar enjin motorsikalnya yang berkuasa 350cc menarik perhatian tetamu yang hadir.
Di lebuhraya, motorsikalnya dirasakan bergerak perlahan, walaupun jarum meter telah menunjukkan ke angka 200 km/j. Mata Zack tajam merenung ke arah jalan raya. Fikirannya kosong. Hanya yang berlegar di kepalanya ialah gambaran kenangan ketika bahagia bersama Liz dahulu. Zack menarik nafas panjang. Belum sempat nafas yang ditarik dilepaskan semula, tiba-tiba sebuah kereta di hadapan Zack menukar barisan daripada tengah ke kanan dengan laju dan tanpa memberi isyarat. Tangan dan kaki Zack dengan cepat menekan brek. Brek motorsikal Zack mencengkam kuat menyebabkan tayar motorsikalnya terkunci. Kesan hitam bekas tayar Zack melintang panjang di atas jalan. Tetapi semuanya telah terlambat. Kereta tersebut terus menghimpit sisi motorsikal Zack menyebabkan motorsikal Zack terbabas ke pembahagi jalan. Zack tercampak dan terseret beberapa meter di atas jalan raya. Motorsikalnya berpusing dan meluncur laju ke tepi jalan. Nasib baik beberapa buah kenderaan sempat membrek kecemasan bagi mengelakkan tubuh Zack yang terbaring di tengah jalan. Jaket kulit dan topi keledarnya menghindarkan Zack dari cedera teruk. Hanya lelehan darah merah keluar dari hidung Zack. Mata Zack terpejam rapat sambil bibirnya bergerak-gerak mengucap dua kalimah syahadah. Setelah beberapa ketika, tiba ambulan lalu membawa Zack ke hospital berdekatan. Di hospital, Zack diisytiharkan koma akibat gegaran otak. Beliau terpaksa dimasukkan ke ICU dan disambungkan alat sokongan hidup.
Keluarga, rakan dan taulan mula ramai menziarahi Zack. Namun Zack tetap terbaring kaku. Setelah rakan-rakan Zack pulang, Liz muncul. Keseorangan. Perlahan-lahan kakinya diatur menuju ke katil Zack. Zack tidak berteman kerana ibu Zack pulang ke rumah sebentar. Keadaan Zack bagaikan sedang tidur dengan segala tiub dan wayar di badannya. Liz menyentuh tangan Zack. Perlahan-lahan jari Zack bergerak menyentuh jari Liz. Kelopak mata Zack yang tertutup bergerak-gerak bagaikan tahu Liz ada disisi. Liz menggenggam tangan Zack. Titisan air mata menuruni pipi Liz. Hatinya sebak. Insan yang pernah disayanginya dan dikecewakannya kini terlantar kaku. Tiba-tiba dirasakan tangannya digenggam erat oleh tangan Zack yang sejuk. Namun Zack masih kaku dan tidak sedar. Tanpa disedari, Liz tertidur di sisi katil Zack. Itupun dia terjaga apabila dibangunkan oleh jururawat. Sebelum beredar, puas ditarik tangannya dari tangan Zack yang menggenggam erat tanngannya bagaikan tidak mahu dilepaskan.
Malam itu, Liz tidak dapat tidur mengenangkan Zack. Wajah Zack berlegar-legar di fikirannya. Faizal sudah lama lena. Kenangan bersama-sama Zack dahulu silih berganti dalam mindanya. Setelah puas merenung syiling, akhirnya matanya terpejam.
Dari dalam kabus putih yang tebal, Zack muncul menuju ke arahnya. Mukanya putih bersih. Dengan berjaket kulit dan t-shirt hitam, pakaiannya sama seperti waktu kemalangan. Cuma masih bersih. Tiba di hadapannya, Zack menggenggam erat kedua belah tangannya. Bibir Zack menguntum senyum. "Abang tetap akan sayang Liz sampai bila-bila. Biarpun ketika nyawa abang telah tiada" Kata-kata yang pernah Zack ucapkan padanya dahulu. Liz terpaku tidak bersuara apa-apa. Perlahan-lahan Zack mencium bibir Liz. Terasa sejuk bibir Zack menyentuh bibir Liz dan Liz bagaikan di awang-awangan. Mata Liz merenung tajam ke mata Zack yang tidak berkedip merenungnya. Selamat tinggal sayang Zack berkata sambil tersenyum. Dengan tiba-tiba, sekelip mata, Zack hilang dari pandangan.
"Abang....!" Liz menjerit. Kegelapan bilik menerjah matanya. Rupanya dia bermimpi. Faizal terbangun. Segera dibukanya lampu. Liz berpeluh-peluh dan tercungap-cungap. Terasa dirinya kosong yang amat sangat. Ditangkup mukanya dengan tangan dan menangis hingga tertidur kembali.
Pagi-pagi lagi telefon bimbitnya sudah berbunyi. Liz mengambil cuti rehat hari ini. Mimpi malam tadi mengganggu fikirannnya. Liz terdengar suara Liza dalam tangisan. "Abang Zack dah tak ada. Malam tadi dia meninggal." Liz terdiam. Telefon bimbit yang dipegangnya jatuh dari tangan ke atas karpet. Dalam keadaan terkejut, dia terduduk di atas sofa. Fikirannya kosong. Air mata meniti deras menuruni pipinya. Hanya yang berlegar di fikirannnya ialah gambaran kenangan ketika bahagia bersama Zack dahulu.
Zackbikers
ps: Gambar dan cerita adalah imaginasi penulis semata-mata. Tiada kaitan dengan hidup dan yang mati. Gambar paparan adalah gambar hiasan dan milik peribadi penulis.
Tuesday, February 24, 2009
Apa nak buat yer???
- tengah berebut kfc dengan alya fahemma
Kasih Tak Kesampaian
Zack mundar-mandir di hadapan motornya. Orang ramai yang lalu lalang di Taman Tasik Titiwangsa itu langsung tidak di pedulikan. Tidak terasa dia terganggu dan mengganggu mereka baginya. Sekejap-sekejap dia duduk di bangku dan merenung motornya. Motornya yang berkilat sudah lebih lima tahun bersamanya. Yamaha RD 350 YPVS tertera pada motornya. Zack tersenyum sendirian. Banyak memori dikongsi bersama-sama motornya itu. Bagaikan sebahagian dari hidupnya.
Lewat malam, Azura terbangun dari tidurnya. Zack masih tidur dalam dakapannya. Tangannya digenggam erat oleh tangan Zack bagaikan tak akan dilepaskannya. Tiba-tiba Azura merasakan tangan Zack sejuk. Azura merenung wajah Zack masih tertidur berbantalkan dadanya. Bibir Zack bagaikan mengukir senyuman. “Abang” Azura mengejutkan Zack lembut sambil tangannya yang satu lagi mengusap rambut Zack. “Abang Zack” Azura mengejutkan Zack lagi. Masih tiada reaksi dari Zack. “Abang!” Azura meninggikan nadanya sedikit kerisauan. Zack masih tidak bergerak. Tiba-tiba Zura merasakan ada sesuatu yang tidak kena. Dirinya kaget. “Abang, tolong jangan buat Zura begini bang. Zura masih sayangkan abang” air mata Azura mula berlinangan. “Abang, jangan tinggalkan Zura. Zura minta maaf atas apa yang telah Zura lakukan, tapi tolong jangan buat Zura begini” Azura meratap. Air matanya mencurah-curah menitis membasahi muka Zack. Namun Zack masih kaku. Azura menggoncangkan badan Zack. Perlahan-lahan keluar darah dari hidung Zack mengalir menitis ke baju putih Azura. “Abang!!” Azura meraung sambil menangis.
Doktor meluru masuk setelah butang kecemasan ditekan Azura. Doktor cuba untuk menguraikan Zack dari Azura tetapi tangan Zack yang telah kaku itu bagaikan tidak mahu melepaskan Azura. Setelah diperiksa tubuh Zack, doktor hanya memandang Azura dengan pandangan yang sayu. “Saya minta maaf cik. Zack sudah tiada” kata doktor itu perlahan. Azura yang masih dalam dakapan Zack menangis teresak-esak. Diciumnya dahi Zack yang sejuk itu berulang-ulang kali. Ingin dia meraung tapi bagaikan tiada suara yang keluar. Kenangannya bersama Zack tiba-tiba menerjah ke ruang mindanya. Kata-kata Zack padanya dahulu terngiang-ngiang di telinganya. “Zura, kalau boleh bila abang mati nanti, abang nak mati dalam dakapan Zura”. Mengenangkan itu, esakan Azura makin bertambah. Air matanya berlinangan menuruni pipinya dan terus ke lantai. Tangannya mendakap erat tubuh Zack yang sudah kaku itu sambil menangis. Kesalnya tiada berguna lagi.
-Zack Azura (zack_azura@yahoo.com)
1 Februari 2003
Cinta Sejati
Cinta Sejati
Pintu bas ditutup sambil bas tersebut bergerak perlahan-lahan keluar dari terminal sambil diperhatikan oleh Zack hingga hilang dari pandangan mata. Zack berdiri tegak bagaikan mengelamun. “Kenapa hatiku bagaikan ada sesuatu yang tak kena” bisik hatinya sambil kakinya melangkah pergi ke ruang letak motorsikal. Setelah mengenakan topi keledar, Zack terus menunggang motorsikalnya keluar dari Terminal Bas Putra menuju ke rumah. Keadaan ibukota malam itu bagaikan pesta dengan lampu berkilauan di kiri kanan jalan. Tapi hati Zack direnggut risau mengenang apa yang tak pasti. Di rumah Zack, lampu pelita bergemerlapan menanti ketibaan Aidilfitri. Zack pula berehat di luar rumah setelah penat membantu ibubapanya menyiapkan persiapan hari raya. Kelihatan kanak-kanak bising sambil bermain bunga api. Zack hanya memandang dengan pandangan kosong. Keriuhan kanak-kanak langsung tidak menarik perhatiannya. Hatinya yang tadi penuh kerisauan mula berdebar-debar bagai ada sesuatu yang akan berlaku. Zack bangun dan terus masuk ke rumah menuju ke biliknya. Tanpa berlengah, dia ke bilik air mengambil wuduk. Sejadah dibentangkan dan Zack terus menunaikan solat sunat sebelum masuk tidur. Namun Zack tidak boleh tidur. Fikirannya melayang memikirkan Azura sahaja. Walaupun matanya tak mahu pejam, dipaksakan juga hingga terlelap. Pagi esoknya, Zack terbangun setelah azan Subuh berkemumandang. Setelah menunaikan solat Subuh, Zack ke dapur membantu ibunya menyiapkan juadah untuk hari raya. Setelah itu, dia bersama-sama ayahnya ke masjid menunaikan solat sunat Aidilfitri. Di rumah, setelah menjamu selera dan bermaaf-maafan, Zack termenung sambil merenung ke luar rumah melihat kanak-kanak gembira berhari raya. Tiba-tiba telefon bimbit Zack berbunyi. Zack mengambil telefonnya dan merenung ke arah telefonnya. “Panggilan jauh. Dari Kelantan.” Bisik Zack. “Hello. Assalamualaikum” jawab Zack. “Waalaikumsalam. Abang Zack ye” balas pemanggil itu. “Ini adik Zura, Mira” pemanggil memperkenalkan diri dalam nada yang tersekat-sekat. “ Abang Zack, Mira minta maaf mengganggu, tapi Mira nak beritahu Abang Zack, yang kak Zura dah tiada…… Bas kak Zura kemalangan malam tadi masa baru sampai ke Kota Bharu.” Kata Mira dengan nada yang tersedu-sedu. “Insyaallah, petang selepas asar ni nak dikebumikan” sambung Mira singkat.
Zack hanya tersentak. Pandangannya kabur dan terus gelap. Kakinya bagaikan tak dapat lagi nak menampung berat badannya. Dengan cepat Zack duduk di sofa. Nafas Zack tersekat-sekat dan dadanya berombak kuat. Air matanya mula berlinang menitis membasahi pipi. Telefon bimbitnya terlepas dari tangan. “Astaghfirullahalazim. Ya Allah Ya Tuhanku” hanya itu sahaja suara yang keluar dari bibir Zack. Melihatkan keadaan Zack, ibu Zack menerpa ke arah anak sulungnya. “Mak, Zura dah tak de, mak. Zura dah meninggal. Kemalangan bas pagi tadi” beritahu Zack dengan suara yang tersekat-sekat. Ibu Zack hanya dapat menarik nafas sambil terduduk di sebelah anaknya. Tiada suara yang keluar dari bibirnya, hanya air mata bercucuran membasahi pipi tuanya.“Mak, ayah, Zack minta izin untuk pergi ke Kelantan, hari ini juga.” pinta Zack pada ibubapanya. “Baiklah Zack, kau bawa kereta ayah” jawab ayah Zack. “ Takpelah ayah, Zack pergi dengan motor Zack. Zack lebih selesa” jawab Zack. “Baiklah Zack. Tapi hati-hati. Ayah dan mak akan menyusul kemudian” pesan ayah Zack. Mendengar keizinan yang di beri, Zack segera berlari menuju ke biliknya untuk bersiap. Motornya sudah gagah tersedia menunggu untuk ditunggang. Motorsikal Yamaha RD 350 YPVS pemberian ayahnya itu banyak mengimbau kenangan antaranya dengan Azura. Dengan sekali tendangan sahaja, enjin motorsikal Zack mengaum garang dan terus meluncur keluar melalui pintu pagar rumah sambil di perhatikan oleh ibubapa Zack. Perjalanan jauh tidak menjadi masalah pada Zack kerana sebagai ahli kelab motor, beliau banyak kali melakukan konvoi ke lokasi-lokasi yang jauh. Motorsikalnya juga diselenggara dengan baik membuat perjalanan berjalan lancar.
Jenazah Azura di alihkan ke dalam pengusung. Zack memegang kayu pengusung yang di hadapan sekali. Perlahan-lahan pengusung dimasukkan ke dalam van jenazah. Setelah van jenazah meninggalkan rumah menuju ke tanah perkuburan, hujan mulai turun. Setelah selesai upacara pengkebumian, Zack meminta izin dari ayah Azura untuk bertafakur seketika. Tinggallah Zack seorang diri melutut di sisi kubur Azura. Hujan lebat membasahi bumi tidak di hiraukan. Linangan air mata Zack masih tidak berhenti. “Zura, abang minta maaf jika abang ada buat salah dan silap pada Zura.” kata Zack dengan tersedu-sedu. “Abang sangkakan hubungan kita akan berakhir sebagai suami isteri, tapi takdir menentukan segala-galanya. Abang tak boleh melawan takdir sayang.” sambung Zack. “ Abang pernah berjanji untuk menyayangi Zura hingga ke akhir hayat abang, dan abang akan tepati janji abang itu, walaupun Zura tiada lagi di sisi abang. Bagi abang, Zuralah kekasih abang yang pertama dan yang terakhir” Linangan air mata dan sedu Zack makin bertambah. Tangannya menggenggam kuat tanah kubur Azura. “Abang berjanji, abang akan tetap sayangkan Zura dan abang takkan lupakan Zura hingga ke akhir hayat abang.” kata Zack sambil berdiri. Perlahan-lahan Zack mengatur langkah longlai meninggalkan tanah perkuburan dalam hujan yang makin mencurah-curah.
Masa sekarang>
Sekian.
Nukilan:
Zack_Azura
10:50pm
3/1/2003